MAAHAD TAHFIZ DARUL MUHIBBIN
KEARAH MELAHIRKAN INSAN RABBANI
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB MAAHAD TAHFIZ DARUL MUHIBBIN TAMAN KERAMAT
Menghafaz Al-Quran bukan hanya untuk golongan tertentu, tetapi tanggungjawab dan peluang untuk semua anak-anak, remaja dan orang dewasa.
Al-Quran adalah panduan hidup, penenang jiwa dan penyelamat di dunia serta akhirat. Apabila Al-Quran dihafaz dan diamalkan, lahirlah insan yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berjiwa besar.
Anak-anak yang dibesarkan dengan Al-Quran akan menjadi:
• Penyejuk mata ibu bapa
• Pelindung diri daripada gejala sosial
• Pemimpin berilmu dan berakhlak
Sokongan masyarakat amat diperlukan sama ada dengan menggalakkan anak menghafaz, menyokong institusi tahfiz, atau mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Marilah kita bersama-sama menghidupkan Al-Quran dalam keluarga, sekolah dan masyarakat.
Al-Quran dijunjung, umat terpelihara.
Maahad Tahfiz Darul Muhibbin ialah sekolah yang di bina atas tujuan kesedaran perhubungan di antara hamba dengan penciptanya dan perhubungan sesama makhluk.
Maksud di sebalik erti ‘Darul Muhibbin’ ialah rumah para pencinta yang membawa pengertian besar kecintaan kepada Allah SWT dan apa yang dicintai oleh Allah SWT.
PENGERUSI
Ustaz Ahmad
Bin Shadan Al-Hadrami
PENGETUA
Ustaz Mahayuddin
Bin Othman Al-Hafiz
SEKOLAH AGAMA ISLAM YANG BERDAFTAR DI SELANGOR
AHLI BERDAFTAR PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR (PITAS)
Majlis Taklim Darul Muhibbin
Kem Cuti Sekolah
Ibadah Korban
Seminar Motivasi
Kumpulan Qasidah Nur Muhibbin
Umrah & Ziarah
HUBUNGI KAMI
8, Lorong Enggang 9, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur, Selangor
018-255 5607
mtdmedu@gmail.com